Dulu bila aku marah, aku akan mengomel dalam hati.
Siap prepare speech dan comebacks in case tiba-tiba ada perang mulut dengan si fulan.
Aku tidak peduli apa consequences selepas aku marah.
Yang penting aku tidak simpan amarah itu dalam hati sehingga membusuk.
Aku masih keliru dengan konsep amarah.
Aku anak sulung. Terbiasa mengarah dan menjadi mandur kadangkala.
Terbiasa memerhati, mencari kesalahan dan menegur.
Caraku menegur memang jahat.
Aku orangnya celupar.
Dan kebiasaan menegur dan mengkritik ini aku bawa hingga sekarang.
Dan yang lagi teruknya, aku tidak kisah bercakap depan-depan.
Aku malahan orangnya suka pada konfrontasi.
Prinsip aku, bila aku tidak suka, tidak puas hati, marah, kecil hati dan aipa-apa yang boleh membawa kepada hati yang tidak tenang, aku akan pergi terus bercakap dengan orang yang menyebabkan rasa-rasa itu.
Bagi aku, itu lebih penting daripada aku simpan di dalam hati dan luahkan pada orang lain.
Itu hanya membawa kepada sesi mengumpat yang tidak sudah dan sekaligus membawa kepada penyebaran rumors dan fitnah.
Maka aku teguh dengan prinsip cakap lepasku.
Suatu ketika dulu aku malu bila mendengar kata-kata "mereka yang tiada dapat mengawal amarahnya itulah orang yang paling lemah."
Walhal aku menganggap aku paling hebat dalam menangani amarahku.
Wahai!
Dan baru-baru ini, aku marah pada seorang classmate.
Entah, tidak tenang aku rasa, balik-balik terfikirkan perbuatanku.
Setelah beberapa lama memikirkan dan cuba mencari nama untuk perasaan yang menyebabkan perasaan tidak tenang ini dalam hati aku, aku akhirnya faham yang aku merasa bersalah.
Astaghfirullahalazim.
Aku masih marah, eya, benar.
Tapi marahnya kerana aku merasa bersalah dengan perbuatanku.
Ini tidak pernah terjadi sebelum ini lalu kenapa sekarang tiba-tiba muncul perasaan ini?
Lalu aku berkeputusan, minta maaf.
Syukur alhamdulillah ada facebook.
Mungkin tindakan pengecut tapi aku cuma mampu minta maaf dari situ.
Dan syukur alhamdulillah, aku merasa tenang selepas minta maaf.
Tiada yang lebih indah dari meminta maaf bila berbuat salah.
Maka minta maaf.
Pada Allah, pada manusia dan terutamanya pada diri kita sendiri.
Ya Allah, sesungguhnya aku ini orang yang menzalimi diri sendiri. Maafkanlah aku, ya Allah.