20131024

Lapar

Aku ingin bercerita tentang tabiat makan aku sekarang tapi rasanya tidak begitu banyak isi untuk aku kupas melainkan kenyataan bahawa aku lapar sepanjang masa sekarang. Bangun tidur cari makanan, sebelum tidur kena makan, sewaktu duduk diamdiam berfikir pasal makanan, baca buku terasa ingin makan, bila baring bangun cari makanan.

Entah dari mana datang nafsu kuat makan ni. Agaknya simptom pms. Entah. Tapi ikut pendapat aku, walaupun agak membimbangkan, ini merupakan suatu perkembangan yang bagus. Dengan umur yang mencecah 21 tahun, sepatutnya aku kelihatan seperti gadis dewasa yang sudah bersedia melangkah ke alam pekerjaan tapi aku malahan di anggap budak sekolah masih.

Dengan ketinggian 153cm yang selalu aku cuba sembunyi dengan kasut tinggi berinciinci dan berat dalam lingkungan 40-41kg, aku langsung tidak kelihatan seperti umurku. Kurus kering dan pendek, tiada daya tarikan langsung. Aku lebih pendek dari adik bungsuku.
Tidak pasti kalau aku patut rasa gembira kerana akan selamanya nampak seperti gadis pingitan atau malu kerana tidak akan pernah diambil serius disebabkan ketinggianku.

Aku sebenarnya bimbang dengan berat badanku. Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya lain, aku seperti tengkorak hidup dengan lengan yang ketara menunjukkan struktur tulang bengkok sekaligus tidak melayakkan aku menjadi seorang polis wanita. Pipi aku cengkung, tulang-tulang aku ketara di badan.

Kalau dalam dua tiga bulan aku terusterusan risau, aku ambil keputusan untuk makan ubat cina yang menurut rakan dan makcikku boleh bantu aku gain weight dengan lebih berkesan berbanding appeton.

Tengoklah tahun 2014 nanti.