20131016

Kelewatan

Dulu aku sibuk cemburu tengok pasangan couple yang happy, kiut-kiut, selalu sama-sama, sudah lama sama-sama.
Aku pun maw, kata hati.

Sekarang ni, aku cuma maw bercinta lepas nikah.
Ada satu couple aku kenal ni, lama bercinta. Sembilan tahun.
Dalam sembilan tahun tu, macam-macam jadi gaduh dorang. Break up, sambung balik, break up, sambung balik. Sampaikan ada kes curang mencurangi. Airmata berguguran setempayan. Hati berpecahan. Sweet macam mana pun kata maaf dari yang melukakan hati tu, hati yang sudah patah tu memang sudah tidak sama macam dulu lagi. Sayang tu masih ada, masih kuat, mungkin lebih kuat lagi tetapi sudah hilang sedikit kepercayaan tu. Mungkin sebab belum ada ikatan lagi, belum official jadi sayang macam mana pun tetap ambil remeh tentang hubungan.
Dorang sudah kahwin sekarang. Dan tidaklah sebahagia mana.
Semua perasaan berdebar kali pertama bersendirian bersama-sama tu sudah tiada. Kali pertama pegang tangan sudah hampir sepuluh tahun yang lalu. Pertandingan lawan renung mata pun sudah hilang best dia. Gaduh-gaduh cakap 'mana ada, aku lagi sayang kau!' 'bukan, aku lagi sayang!' 'ishh, aku laa!' tu pun sudah bosan maw di ulang-ulang.

Sedangkan kawan-kawan yang sudah bercinta bertahun lamanya pun begitu. Kadang-kadang jalan-jalan sama-sama, topik 'kita maw buat apa date kali ni' boleh jadi bahan gaduh. Semua sudah buat hinggakan naik bosan.

Jadi aku ambil pengajaran, kalau boleh, biarlah aku bercinta dengan suami selepas nikah.
Sesungguhnya sekarang ni, saya tidak berminat bercinta sekadar supaya ada peneman pergi makan, kawan bercerita sewaktu larut malam dan mata degil maw tertutup. Sekarang, cukuplah Allah untuk aku.
InsyaAllah, bila sudah berjumpa the one, mudah-mudahan Allah permudahkan jalan kami berdua dan kami nikah sebelum bercinta.
Ameen~