Kamu katakan kamu seorang yang membosankan.
Orang lari dari kamu sebab mereka bosan dengan cara kamu.
Lalu kamu fikir aku akan bosan dengan kamu semata-mata kerana kamu kata begitu?
Kamu kata kamu tidak pandai jaga hubungan.
Yang kamu boleh nampak ending kita.
Lalu kamu menjangka sememangnya kita akhiri sahaja semua, begitu?
Lalu kenapa?
Kamu bilang begitu terus aku perlu padam perasaan, buang jauh-jauh dan tanam di dasar laut?
Kamu fikir kenapa aku hilang.
Cuba bukan tiada aku mencuba.
Tapi ingatan sama kamu masih lagi ada biar pun sudah tiada berhubung.