20131013

Jalan yang Lurus

Kalau dulu, aku seorang yang gila mengikuti perkembangan fesyen.
Skinny jeans. Candy skinny jeans. Skin-tight everything.

Demi menarik perhatian kaum Adam, aku buat macam-macam.
Di fikiran aku waktu tu, buat itu ini, pakai itu ini, cakap macam begini begitu boleh buat dorang fikir aku ni cantik menawan.

Kemudian tibalah satu hari itu, di mana terdetik dalam hati aku,
"Sampai bila kau maw buat begini, syfqh? Sampai bila kau maw hidup macam ni?"

Aku mati-mati fikir yang aku faham bila mereka katakan, you can never please society.
Aku fikir, dengan berusaha mencari identiti diri dalam segala macam perubahan fizikal yang aku lakukan pada diri aku, aku sedang menjadi diri sendiri. Seorang yang original dan, bak kata orang puteh, limited edition.

Padahal apabila berjalan-jalan di shopping mall, aku cuma seorang daripada puluhan gadis-gadis yang memakai pakaian yang sama.
Dan mungkin, seperti aku, mereka berfikiran yang gaya mereka itu asli dan tiada tiruan.
Lama baru aku sedar akan kenyataan itu.
Bahawa dalam perjalanan mencari diri sendiri, dalam usaha aku mencari definisi diri sendiri, I was actually working hard to please the society, bukannya memuaskan hati sendiri demi pujian yang entah ikhlas entah tidak.
Ya, terasa agak bodoh bila aku fikirkan balik.
Penyesalan memang ada tapi yang lebih penting bagi aku, pengalaman itu. Sekurang-kurangnya aku sudah merasa bagaimana menjadi orang yang seperti ini, berpakaian seperti ini.
Dan kini aku lebih menghargai hijab yang aku sarung semula.
Bukan ingin tunjuk riak sebab aku tutup aurat atau yang sewaktu dengannya, aku ingin siapa pun kau faham, penghargaan itu lebih ikhlas dan dalam apabila kita mengerti betapa mahalnya harga yang telah kita bayar untuk mendapat pengertian dan kefahaman.

Kini aku lebih faham mengapa perlunya wanita menutup aurat.

Dahulunya aku cuma ingin menunaikan kewajipan yang satu itu. Tutup aurat.
Yang lain belakang ceritalah. Fokus dulu dengan aurat dan perangai liar.

Solat aku tidak terjaga masih.
Dan kemudiannya aku berjumpa seseorang.

Dan dia buat aku ingin menjadi seorang wanita yang lebih baik dari wanita-wanita yang lain.
Dia buat aku ingin jadi seorang muslimah sempurna.
Dia buat aku mengidam ingin pakai purdah.
Dia buat aku menyesal sebab buka hati untuk cinta yang tidak Allah redhai.
Dia buat aku pakai tudung labuh yang dahulunya aku janjikan diri sendiri tidak akan aku pakai selagi tidak berjumpa orang yang baik untuk aku.

Dan mungkin untuk setiap gadis di luar sana yang masih belum mengerti apa itu cinta Allah, mungkin mereka perlu ketemu dengan 'dia' mereka dahulu. Orang yang akan buat mereka faham betapa berharganya diri mereka, betapa kesucian yang mereka miliki patut disimpan rapi untuk yang halal.
Mereka akan jumpa juga, aku yakin itu. Sebab Allah sudah ketemukan aku dengan dia.
Orang pertama yang puji aku selepas aku tutup aurat sepenuhnya.
Allah, betapa berharganya satu pujian itu untuk aku.
Pujian itu tidak sama dengan semua pujian yang aku terima sewaktu aku bebas menayang aurat dulu.
Lain sungguh magnitude dia.
Dan insyaAllah gadis-gadis di luar sana itu akan berjumpa juga dengan seseorang seperti dia.

Dia bukan jodohku :')
Allah hantar dia padaku untuk bagi aku rasa secebis kebahagiaan yang aku akan rasakan bila aku akhirnya berjumpa jodohku yang mutlak.
Post ini aku dedikasikan untuk dia, kamu yang buat aku jatuh cinta dengan surah Yassin.

Terima kasih.
Uhibbuki fillah.