20131027

Adik Beradik

Sewaktu mendaftarkan diri masuk ke IPG Kampus Tawau, aku tiada pun terfikir aku akan dapat satu lagi set adik beradik. 49 orang semuanya.

Sedangkan di rumah dengan adik beradik dua tiga orang sudah terasa seperti Perang Dunia Ke-6 kadangkadang, apalagi kalau dengan 49 orang. Jadi sememangnya konflik itu buat suatu ketika dulu adalah sebahagian besar daripada kelas kami.

Kadangkadang kita akan gaduh adik kita, buli dia kutuk dia tapi kalau sudah orang lain yang buli dia gaduh dia kutuk dia, memang kita akan terus automatically back up adik kita. Begitulah aku rasa untuk 49 orang adik-adik aku di sini. So, maw tidak maw pun aku jadi sayang dengan dorang semua. Sudah samasama berendam airmata kecewa sedih ketawa gembira malu berjaga malam tiada tidur menyiapkan assignment bersama, kau tidak akan dapat elakkan diri kau dari sayang dorang semua. Apalagi dorang sahajalah yang akan menjadi pengganti keluarga kau yang jauh nun di rumah.

Kesimpulannya di sini, biarpun nama bapa di surat beranak itu tidak sama, bila kau daftarkan diri masuk ke dalam manamana institut pengajian tinggi sekalipun, kau akan secara automatik dapat satu set adik beradik baru. Dan menjadi tanggungjawab kau jaga dorang, bimbing dorang, didik dorang, nasihat dorang, bantu dorang dan bersamasama susah dan senang. Sebaik mungkin dengan perangai panas baran aku, aku cuba buat yang terbaik untuk adik beradik aku di sini.

Sengal macam mana pun aku dengan perangai sesetengah daripada mereka, aku usahakan agar biar yang perlu tahu sahaja yang akan tahu. Sebab dia adik kau. Sebab dialah yang kau akan cari suatu hari nanti meminta pertolongan dan pada saat itulah kau akan teringat yang kau pernah buat jahat pada dia dan pada saat itulah kau akan telan liur yang terasa pahit masin, rasa lidah yang kau jilat balik.

Aku harap junior kami yang baru daftar masuk bulan Jun2013 ni pun akan berusaha buat yang terbaik untuk satu sama lain mereka. Apatah lagi dengan bilangan yang terlalu sedikit, apalah sangat 15orang. Semoga mereka berhenti bergaduh dan mula sayangsayang. Ameen.